Kerjaya Ayati Tasrip

Selepas tamat Tingkatan 5, Ayati Tasrip bekerja di sebuah kilang yang terletak tidak jauh dari rumahnya di Kuala Kangsar, Perak.[1]

Biarpun tidak pernah menyimpan impian untuk bergelar penyanyi, minat beliau terhadap muzik hanya diketahui rakan-rakan rapat. Atas desakan rakan-rakannya, Ayati menyertai satu pertandingan nyanyian, akhirnya memenangi tempat pertama. Selepas memenangi pertandingan itu, beliau berhijrah ke Kuala Lumpur untuk memulakan kerjaya muzik sepenuh masanya.[1]

Beliau kemudian menyertai Jabatan Penerangan yang mana beliau diminta oleh suaminya, Zulkifly Halim menghadiri ujibakat yang diadili oleh pelakon Karim Latiff yang ketika itu, berkhidmat sebagai pengarah lakonan di Pentarama, Jabatan Penerangan. Ayati kemudian menyertai Orkestra Tentera Darat (OTD) sebagai penyanyi.[1] Antara nama-nama besar yang digilap di OTD ialah Noorshila Amin dan Salih Yaacob.[3]

Pada tahun 1986, beliau mencuba nasib dengan menyertai Bintang RTM. Beliau memenangi tempat ketiga, yang mana gelaran juara dimenangi oleh Noraliza Yusuf. Beliau mengikat kontrak selama dua tahun bersama RTM selepas meninggalkan OTD.[1]

Ayati mengikat kontrak rakaman bersama label Suara Cipta Sempurna (SCS) dan merakamkan album sulungnya, Di Mata Cinta pada 1991 dengan Wan Zul dan A. Ali berkhidmat sebagai penerbit album. Beliau kemudian merakamkan tiga lagi album.[1]

Pada tahun 1995, lagunya, "Cinta Dangdut" menerima pencalonan sehingga ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik.[1] Bagaimanapun, beliau tidak dapat hadir menyanyikan lagunya itu kerana sarat hamil dan tempatnya digantikan oleh penyanyi baru ketika itu, Masleena.[4]

Selepas itu, beliau bersara dari kerjaya muzik untuk memberi tumpuan kepada keluarganya, kadangkala masih aktif menyanyi di kebanyakan majlis. Pada tahun 2016, beliau telah dipelawa oleh Ifa Raziah untuk menyertai Persatuan Bintang Dangdut Malaysia.[1]

Pada Disember 2017, Ayati melancarkan single duet bersama Eric Abdullah berjudul "Cinta Yang Terlarang" yang berkonsepkan Pop Rock.[5]

Rujukan

WikiPedia: Ayati Tasrip http://akhbar-utusan.blogspot.com/2011/07/utusan-o... https://beritaviral.click/2017/12/19/ayati-tasrip-... https://www.discogs.com/artist/4658720-Ayati-Tasri... https://www.msn.com/en-my/news/hiburan/beri-penggi... https://origin.bharian.com.my/hiburan/selebriti/20... https://www.hmetro.com.my/node/203112 https://www.hmetro.com.my/rap/2020/01/534061/ayati... https://www.klik.com.my/item/story/1980320/badan-s... https://www.klik.com.my/item/story/574723/pengalam... https://peraktoday.com.my/2016/06/ayati-tasrip-min...